Pencarian jawapan ada di dalam Magnet Syahadah 2015

bismillah kisah nabi ishak alaihissalam

Ya salam Ya Allah,

Saya kongsi pengalaman, yang orang Islam perlu buat SEKARANG!

Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah ﷺ bersabda, Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda ﷺ bersabda, “Perbanyakkanlah mengucap kalimah Laailahaillallah. hadis riwayat Ahmad, Tabrani dan at-Targhib.

Dan sekarang cuba,

  1. Zikir kan kalimah “Laailahaillallah”. Amati dalam diri, adakah meRASA iman diperbaharui, seperti yang Rasulullah ﷺsabdakan di atas?
  2. Jika tidak merasa apa-apa, perbanyakkan lagi zikir itu. Kemudian, perhati lagi keadaan dalam diri, adakah merasa iman diperbaharui?
  3. Jika tidak merasa, tanyakan pada ALLAH mengapa?

Sekiranya kita masih meletakkan pengertian kalimah “Laailahaillallah” sebagai  “Tiada tuhan melainkan ALLAH”, maka kita takkan rasa nikmatnya iman dalam kalimah zikir itu. Kita takkan istiqomah dengan kalimah zikir itu, kita takkan menitiskan air mata, menikmati kalimah zikir itu, kita takkan terfikir ingati Allah 24jam dengan kalimah iman itu..

“Kita mungkin boleh tipu orang lain, tetapi kita tidak mampu membohongi diri sendiri.”

Surah At Taubah ayat 64, ALLAH berfirman, Orang-orang munafiq itu TAKUT jika diturunkan suatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah (kepada mereka), “Teruskanlah berolok-olok (terhadap ALLAH dan RasulNya).” Sesungguhnya ALLAH akan mengungkapkan apa yang kamu takuti itu.

Mengapa selama ini saya tidak pernah istiqomah untuk mengungkapkan kalimah zikir itu?

Terjawabnya soalan, setelah saya mula mempelajari ilmu syahadah lailahaillAllah, baru saya sedar dan faham. Yang kita ucap (zikir), bila kita benar faham dengan ilmu, barulah kita merasa Iman kita diperbaharui. Ilmunya ada diperintahkan agar dipelajari, Surah Muhammad ayat 19, “Pelajarilah, Sesungguhnya Tiada ILAH melainkan ALLAH.”

Perlu ketahui, mengapa ini yang saya tanyakan? Kerana kalimah LailahaillAllah, itulah perlu kita ucapkan, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

sheikh ismail kassim pejuang lailahaillAllah
hadis akhir kalam lailahaillAllah

 

Seminar Magnet Syahadah 2015

Kesan saya rasakan mengagumkan adalah ketenangan kerohanian, yang tidak mampu diungkapkan, setelah mengikuti Seminar Magnet Syahadah 2015. Walau waktu itu, belum faham tentang ilmu kalimah lailahaillAllah, namun kata-kata Sheikh Dr Ismail Kassim, menjawab pertanyaan di hati, “Nikmat, keseronokan berzikir itu dapat dirasakan kerana, hasil biasan, mendengar  mereka yang mengucap lailahaillAllah, berzikir dengan faham ilmuNya”

Itulah hebatnya, kalimah lailahaillAllah yang terkandung dalam rukun islam pertama yang  didakwahkan oleh Nabi Mulia sollallahualaihiwasalam.

Benarkah Sheikh Dr Ismail Kassim Sesat?

Saya sangat bersyukur, akhirnya ALLAH menguatkan hati saya untuk pergi ke Seminar Magnet Syahadah 2015 tersebut. Saya masih ingat, sebelum saya pergi, saya juga suka mendapatkan maklumat dari internet. Banyak sungguh, cerita tentang fitnah saya baca ketika itu. Namun apabila memohon petunjuk Allah dari apa yang dibaca, saya tak merasakan itu sesat. Alhamdulillah, saya tidak membaca, youtube yang telah diubahsuai, diedit oleh pemfitnah.

Kesyukuran yang tidak terhingga, kerana qudrahNya jua melangkahkan kaki saya ke seminar Magnet Syahadah 2015. Allah yang menguatkan hati, agar tidak terpengaruh dengan fitnah yang berleluasa.

“Belum berkata apa-apa, hanya melihat Sheikh Dr Ismail Kassim, masuk ke dewan, saya sudah menitiskan air mata.” Itulah kesan terawal, yang saya rasakan. Dulu saya tidak faham mengapa.

Kini, setelah faham tentang erti sebenar perkataan syahadah (menyaksi) dari rukun Islam Pertama, baru saya tahu, apa yang membuatkan air mata ini mengalir tiba-tiba sewaktu itu. Mengapa diri di dalam ini, syahdu, tenang, meruntun pilu. Semuanya, ada kaitan dengan janji kita pada Allah di alam roh, yang kita akan bersaksi (bersyahadah), di alam ini.

Surah Al A’raf ayat 172, “Dan (ingatlah) ketika Robbmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Robb kamu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Robb kami), KAMI BERSAKSI. (bersyahadah)” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini”.

Alhamdulillah, di sini ingin saya kongsikan sebuah buku tentang pengalaman kerohanian seorang penulis, yang akhirnya setiap persoalan dari apa yang dilalui dari kecil hingga dewasa, semuanya terjawab dengan ilmu Syahadah lailahaillAllah.

nikmat syahadah
buku menyaksi rahsia bicara kasihNYA

Buku bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, boleh diperolehi dari webiste www.nurulaein.com  Bahagian akhir buku ini juga, menceritakan kisah beliau yang turut menjadi peserta seminar tersebut, pada 2015. Moga ia menjadi sebuah inspirasi spiritual yang boleh dikongsi dalam membangunkan kerohanian dalaman insan.

Pesan Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani qsa

” Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

” Ya Allah..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. ”

” Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. ”

wassalam.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s