Berjaga-jaga fahaman wahabi! Menenggelamkan kekuatan Islam dan Iman sebenar.

 

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Salam Ya Allah

Baru-baru ini sering kita terdengar tentang wahabi yang bertujuan untuk menentang tentang perkara-perkara bid’ah. Secara luaran nampak matlamat yang sangat baik, untuk hanya meneruskan melakukan perkara-perkara apa yang Rasulullah Sollallahualahiwasalam lakukan sahaja.

Secara kasar, benar yang mereka katakan apa yang Rasulullah Solallahualaihiwasalam, tidak lakukan  (kemudian kita lakukan) adalah bid’ah. Maka perlu ditinggalkan. Mereka mengguna pakai hadis ini, dan ramai yang bersetuju dengannya.

‘Hadis’ riwayat Imam Malik, berbunyi, “…Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya. صلى الله عليه و سلم ”

 Namun penelitian demi penelitian, bagaimanakah pula kesahihan hadis yang mereka guna pakai?

Memikirkan tentang perkara tersebut, ada saya kupas dalam buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA. Yang sependapat dengan kata-kata Ustaz Iqbal Zain,

“Pada zaman ini, ada sekelompok ahli agama yang menyeru kepada Sunnah tetapi mengehadkan kepada hadis-hadis sahih sahaja. Walhal Rasulullah sollallahualaihiwasalam tidak pernah menyebut untuk mengikuti al-Quran dan hadis sahih. Menyempitkan makna Sunnah hanya kepada hadis-hadis sahih membawa kepada implikasi penyempitan khazanah ilmu dalam Islam.”

Disebabkan itu ingin kongsi, sedarkan, apa pengertian Sunnah sebenarnya?

Sunnah bukanlah bermaksud hadis (kata-kata) sahih semata-mata. Malah meliputi, perkataan, perbuatan, cara hidup dan jalan hidup keseluruhan Rasulullah صلى الله عليه و سلم .

Sebagai contoh, apabila seseorang mengamalkan membaca alfatihah atau ayat al-Quran tertentu untuk merawat penyakit tertentu, atau mengamalkan zikir tertentu, mereka yang berfahaman wahabi akan mempertikaikan, “manakah sumber hadis sahihnya?”

Sebenarnya fahaman dengan pertanyaan sebegitu, menunjukkan kecetakan ilmu mereka dan menutup kedalaman, keluasan, mukjizat, ilmu dari al-Quran. Maka al-Quran itu dibaca zahir kulit sahaja. Menjadilah membaca bukan dengan kefahaman ilmu sebenar. Membaca  al-Quran kerana kefahaman mengeja, adapun yang mentafsir namun hanya dari terjemahan bahasa.

mukjizat al quran

Sebagai ringkasnya, ambil tafsir al-quran sekarang, rujuk permulaan Surah Al Baqarah, ayat 1-2:

Bismillahhirohmanirrohim.

 

mukjizat alquran

Alif Lam Mim. *Zalikal* kitab.

Lihat tafsiran ayat kedua Surah Al baqarah. Zalikal kitab, bahasa Arab terjemahan maksud dalam al-Quran, dituliskan sebagai kitab ini. Walhal, zalikal kitab, sebenarnya bermaksud kitab itu. Namun malangnya diterjemahkan kepada kitab ini. Walhal, perkataan “ini” diterjemahkan dalam Bahasa Arab adalah “haza”. ALLAH berfirman “kitab itu”. Bukan berfirman “kitab ini”. Jadi rahsia “kitab itu” terus tersimpan. ALLAH tidak pernah silap. Jelas “itu” dan “ini” perkataan yang berbeza.

Begitu juga dengan LailahaillAllah terjemahan sebenarnya ialah, “Tiada Ilah melainkan ALLAH”. Ilah bukan sebenarnya maksud Tuhan. Jika zikir “tuhan”, “tuhan”, tidak dapat apa-apa pahala. TuHantuHantuhantu, diulang-ulang menjadi Hantu. Di dalam terjemahan bahasa lain pun, perkataan ilah ditukar kepada bahasa tidak elok.

Itulah agenda yahudi semasa portugis datang ke Tanah Melayu. Secara halus menyembunyikan yang sebenar kerana takut kepada kekuatan kebangkitan Islam.

Namun mereka yang sudah terpengaruh dengan kefahaman wahabi, mungkin bertanya mana hadisnya?Sebenarnya tidak salah bertanya, mana hadisnya.

Hadisnya ada, yang sangat sahih lagi ramai sahabat yang menyalurkannya. (Akan saya kongsikan) akhir tulisan nanti.

Namun, saya kasihan. Pertanyaan mereka bukan mahu sebenar tahu, dengan kerendahan hati. Pertanyaan dengan ada rasa kesombongan, secara tak sedar mereka terikut dan tertipu dengan nafs dalam diri yang ego, dengan banyaknya hafalan hadis sahih mereka, yang menyebabkan hadis itu ALLAH tidak sampaikan kepada mereka.

Mereka juga tidak tahu ilmu lailahaillAllah ini bersanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam dan jelas dalilnya,  diperintahkan untuk kita mempelajarinya. Rujuk Surah Muhammad صلى الله عليه و سلم, ayat 19. “Fa’lam annahu lailahaillAllah. (Ketahuilah dengan) Pelajarilah, sesungguhnya tiada Ilah melainkan Allah).

Jadi sesiapa yang terbaca artikel ini, dan terasa mereka terpengaruh dengan kefahaman wahabi, carilah dahulu jawapan makna zalikal kitab (kitab itu). Apakah maksud sebenar Kitab itu, yang termaktub dalam firman Allah Surah Al Baqarah ayat 2? Mintak pada ALLAH dengan kerendahan hati, bukakan hati menunjuk jalah yang haq, yang diredhai.

Jika sering mempertikaikan kesahihan hadis, sedarkah wahabi, yang hadis yang mereka guna pakai itu sebenarnya hadis dhaif?

Tahukah kamu, sandaran hadis itu terputus. ‘Hadis’ riwayat Imam Malik, berbunyi, “…Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya.”, hadis mursal?

Perkara ini dikaji dan mengejutkan orang yang berpegang dengannya, sewaktu dahulu. Dari tulisan The Hidden Truth, oleh Syeikh Mu’tashim Sayyid Ahmad, “Hadis ini (di atas) tidak diriwayatkan oleh para penulis kitab Shahih yang enam di kalangan Ahlusunnah. Hal ini sudah cukup untuk mendaifkannya.” Hadis mursal yang jalurnya tidak bersambung (putus) kepada Nabi Sollallahualahiawasalam.

Sebenarnya saya amat menghormati hadis tersebut, bersetuju, menurut, pesanan seorang ulamak bertaraf antarabangsa, Tuan Sheikh Dr Ismail Kassim.

Apatah lagi setelah saya pelajari syahadah. Sebagaimana yang saya pernah mendengar Sheikh Dr Ismail Kassim menasihatkan, walau apa sahaja hadis yang kita dengar, (sebelum kita mendapatkan kesahihannya) maka kita wajib menghormatinya terlebih dahulu. Beradab. Saya sangat membenarkannya. Kadangkala, mungkin ia benar, namun kesahihannya belum sampai pada kita.

Tapi saya menulis di artikel ini, kerana kasihan melihatkan ummat yang terpengaruh dengan kecetekan ilmu mereka dan seolah-olah terpaksa “memulangkan paku buah keras” kepada mereka yang berfahaman wahabi. Yang menyebabkan makin menjauhnya umat dengan kelazatan, kenikmatan ilmuNya. Yang menutup keluasan ilmuNya.

Jadi, apakah segala sumber hadis jelas sahih, yang ramai para sahabat meriwayatkannya?

Amati hadis berikut ini. Diriwayatkan oleh At-tirmidzi, dari Jabir bin ‘Abdillah Al-Anshari yang berkata, “Aku melihat Rasulullah صلى الله عليه و سلم di dalam Haji Wada’ (Haji Perpisahan) di atas untanya ‘AI-Qushwa’ (nama unta Rasulullah .)’, beliau berkhutbah. Aku mendengar beliau bersabda, “Ayyuhannas, sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian, yang apabila kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan tersesat, iaitu: Kitabullah (al-Quran) dan keturunanku Ahlulbaitku. (Sahih at-Tirmidzi)

Jadi siapa yang paling dekat dengan baginda yang boleh menyampaikan cara hidup, SUNNAHNYA Nabi Sollallahualaihiwasalam, jika bukan, ahlul bait (keturunan) baginda?

assyuara 130

Inilah Amanat Rasulullah صلى الله عليه و سلم Yang Harus Kita Pegang Teguh!

Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,

“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.

Tafakurkan dengan kejernihan hati, berapa ramaikah yang sebenar-benar mengetahui mukjizat al-Quran, yang boleh dipraktik untuk menambah iman? Yang bukan setakat kita belajar, ketahui dan baca pada tahap akal. Apakah amalan kukuh yang kita ada dalam persediaan menghadapi Dajjal? Sudah bermulakah?

Jangan hanya sibuk mempertikai sesuatu ilmu, dengan bertanya tentang sumber hadisnya sahih atau tidak. Sedang hadis sahih dan alQuran dibaca hanya dengan kefahaman mengeja. Kelak menutup kekuatan sebenar iman dan islam, sebagaimana gemilangnya Islam di Tanah Melayu dahulu.

Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah dengan ilmu, sebagaimana yang Rasulullah Sollallahualaihiwasalam pesan dan tinggalkan. “AlQuran dan ahlulbaitku”. Tafakurlah, dunia sudah menghampiri akhir zaman.

Siapakah sebenar-benar ahlul bait? InsyaAllah, ikuti sambungan artikel saya seterusnya, berkenaan cinta ahlul bait.

Sumber: nurul aein

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s