Syahadah Sunnah Paling Agung Kebangkitan Kekuatan Islam

sheikh ismail kassim sesat ?

Zaman ini semua orang berusaha untuk mengikut sunnah. Apakah sebenarnya Sunnah terbesar yang RasulAllah tinggalkan? Perhati Hadis Qudsi ini..

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullahﷺ telah bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman, Barang siapa yang memusuhi waliKu, maka sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada cara bertaqarub (mendekatkan diri) dari seorang hamba yang lebih Aku sukai melainkan melaksanakan hal-hal yang Kufardhukan. Namun hambaKu itu senantiasa berusaha mendekatkan diri kepadaKu dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi matanya yang dengannya ia melihat, menjadi tangannya yang dengannya ia memegang, dan menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepadaKu nescaya Aku akan memberinya. Jika ia meminta perlindunganKu nescaya Aku melindunginya. (Hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari)

Bagaimana sunnah yang ALLAH cintai boleh membawa kepada “AKU menjadi pendengarannya..”, “AKU menjadi matanya dengannya ia melihat”, “AKU menjadi tangannya yang dengannya dia memegang..”

Solat.jpg

Apakah ilmuNya? Perhati seterusnya ayat Al-Quran ini

ALLAH berfirman Surah AnAnfal ayat 17 “Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar di saat kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Apakah ilmuNya? Itulah ilmu syahadah dan ilmu lailahaillallah yang Rasulullahﷺ sampaikan dalam rukun islam pertama.

Apa perintahNya agar kita pelajari? Surah Muhammadﷺ ayat 19, “Fa’lam annahu LailahaillAllah…”

Betapa besar dan hebat ilmu syahadah lailahaillAllah, sehingga para sahabat yang jumlahnya sedikit boleh menang di dalam Perang Badar. Ini kerana sunnah itu sudah sebati dalam diri mereka. Di saat mereka berperang, melempar, berlaku pembunuhan, kesadaran sewaktu berperang adalah sadar segala gerak dari Allah. (alAnfal,17)

Perang Badar

Jadi, tidak mustahil seramai 313 tentera islam yang beriman ( kerana pelajari ilmu iman dari ilmu rukun islam pertama) walaupun sedikit, mampu kalahkan musuh ALLAH, kafir yang jumlahnya 1000, lebih ramai dari mereka.

Adakah kita berniat ingin mempelajari sunnah tersebut agar meRASA apa yang para Ahli Badar lalui? Kenikmatan pengabadian, penyerahan secara total kepada Allah agar segala puji-pujian tidak pernah putus hanya padaNYA. Merasai nikmat ketenangan, dalam apa jua keadaan kerana merasa ALLAH sentiasa bersama. Menjadikan individu berjaya, intelektual tinggi, beriman yakin, sadar dengan bantuan ALLAH dalam segala perkara, untuk dunia dan akhirat, sehingga mereka sanggup infaq habis-habisan, kerana ALLAH?

Jika ya, itulah sebenarnya antara rahsia ajaran  ilmu syahadah dan ilmu LailahaillALLAH, ilmu amalan rukun silam pertama yang disampaikn, disebarkan, terus diperjuangkan oleh YM Sheikh Dr Ismail Kassim. Berniat kembalikan kekuatan sebenar islam yang beriman, sebagaimana ulungnya Islam di zaman pimpinan Rasulullahﷺ  , yang dengannya kita meninggalkan segala jenis syirik termasuk syirik batin yang kita tidak sedar!

kuatkan hubungan

Namun malangnya…

 

“Kadangkala Kita ni nak selamatkan dia. Tapi dia tak tahu, tak nampak, belum sedar. Lepastu dia pulak  fitnah kita, tuduh kita sesat. ”
Begitulah kata kata yang menerjah diri, sewaktu mengingatkan bagaimana Rasulullah Sollallahualaihiwasalam dihina, difitnah, dicaci, dituduh sesat membawa ajaran baru, sewaktu baginda menyebarkan syahadah rukun islam pertama.

Itulah sunnatullah, yang turut menimpa YM Al Faqir illAllah Sheikh Dr Ismail Kassim..

 

Kalau Rasulullahﷺ dituduh membawa ajaran baru semasa sebarkan syahadah LailahaillAllah oleh kaum yahudi, Sheikh Dr Ismail Kassim juga dituduh sesat, dengan digelar ajaran Sheikh ismail kassim, atau ajaran syahadah ismail kassim. Yang menuduh ini bukan calang-calang. Yang menuduh, memfitnah adalah orang yang membawa peranan penting dalam agama Islam di negara ini.

 

Begitulah perjalanan khalifah ALLAH, wali ALLAH. Akan melalui fitnah sebagaimana Rasul ALLAH ketika sampaikan ilmu syahadah rukun Islam pertama. Sangat berbeza melihat perjalanan kebanyakan orang agama sekarang. Glamour menyampaikan dakwah. Tidak seperti sukarnya Rasulullahﷺ menyampaikan dakwah, agar beriman kepada ALLAH.

Sangat penting membandingkan keadaan negara kita sekarang, dengan kepincangan akhlak di zaman Arab jahiliyah. Mengimbas sejarah..

Sewaktu Rasulullah Sallallahualaihiwasalam sebarkan tentang LailahaillAllah, orang yang berperanan menjaga kepentingan agama waktu itu Yahudi. Mereka waktu itu percaya yang mereka berpegang kepada ajaran Nabi Ibrahim as.

Namun mereka sebenarnya telah lupa kepada ajaran sebenar Nabi Ibrahim as. tentang cara dekatkan diri kepada ALLAH. Kehadiran Amru Bin Luhai, dianggap tokoh agama, akhirnya membawa mereka kepada penyembahan berhala.

tiada peringatan.jpg

Terdapat ayat dalam al-quran, antaranya, Al Zumar ayat 3, “Kami tidak menyembah atau memujanya(berhala) melainkan supaya mereka (berhala) mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”

Yahudi tersedar kebenaran!

Apabila yahudi yang berperanan memegang jawatan agama ketika zaman (Arab jahiliyah), mereka tersedar yang sebenarnya Nabi Muhammadﷺ adalah RasulAllah, Nabi akhir zaman, (yang tertulis di kitab mereka), tetapi kedengkian menyebabkan mereka tidak boleh terima.

Kerana selama ini kebanyakan nabi adalah dari keturunan yahudi. Bukan berbangsa Arab Quraisy bani Hashim. Jauh disudut hati mereka membenarkan tentang ilmu syahadah lailahaillAllah (tiada ilah melainkan Allah) yang dibawa oleh Rasul Allah.

Tetapi malangnya kerana rasa malu dengan kekurangan diri yang tidak tahu tentang ilmu “ilah” yang (sebenarnya 24jam membawa ingatan kepada Allah), tambahan lagi mereka berjawatan besar tentang agama, ramai pengikut di waktu itu (di zaman Arab jahiliyah) menyebabkan mereka memfitnah RasulAllahﷺ. Allahuakhbar! Mereka tertipu dengan nafs, kerana sombong dan bangga diri.

yahudisombong

Walhal Rasulullahﷺ adalah utusan ALLAH. Kedudukan baginda sebagai kekasih ALLAH. Tak pernah terlintas mahukan jawatan mereka. RasulAllah menyampaikn ajaran sebenar untuk memperbetulkan akhlak di zaman Jahiliyah waktu itu. hanya kerana sayangkan umatnya.

Seterusnya, apa yang berlaku dahulu, turut berlaku kepada ahlu bait nabiﷺ sehinggalah ilmu syahadah itu seolah-olah disorokkan. Sudah pasti sesiapa yang membawanya akan difitnah. Dan sekarang sejarah itu berulang kepada YM Sheikh Ismail Kassim, sebagaimana berlaku kepada para sahabat dan seterusnya cucu baginda Sollallahualaihiwasalam,

Untuk benar-benar faham tentang ini. Wajib kita ketahui sejarah di zaman Arab Jahiliyah.

Syahadah LailahaillAllah bukan ilmu baru. Boleh rujuk artikel tentang sejarah syahadah bertajuk IMBAS SEJARAH ILMU SYAHADAH LAILAHAILLALLAH BUKAN ILMU BARU di blog nurulaein.com.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s