PENJELASAN TERHADAP USAHA DAKWAH YM SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM

sheikh ismail kassim tidak sesat, sanad pengajian sheikh ismail kassim

Yang Dimuliakan;Yang Dimuliakan;Para Ulama, Umarah, dan Umat Islam di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Hormat dan Salam Mesra,
PENJELASAN TERHADAP USAHA DAKWAH YM SHEIKH DR ISMAIL HJ KASSIM

World Syahadah Council yang mempunyai rangkaian 2000 Ulama di 40 Negara di seluruh dunia dan juga Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin yang berjuang untuk menyebarkan ilmu Warisan Suci Anbiya Ul Mursaleen dan Warisan suci Nabi Mulia ﷺ Salllahu Alahi Wassalam ingin memaklumkan kepada semua yang memfitnah, terlibat dengan fitnah, bersubahat dengan para pemfitnah, mendengar dan terpengaruh dengan fitnah berkaitan peribadi Sheikh Dr Ismail Kassim dan gerak kerja usaha dakwahnya di seluruh dunia bahawasanya;Sheikh Dr Ismail Hj Kassim merupakan sebagai seorang Daei Allah;
Hai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada ALLAH dan berimanlah kepada-Nya, niscaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih (Al Ahqaf: 31)
Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada ALLAH maka dia tidak akan melepaskan diri dari azab ALLAH di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata”.(Al Ahqaf : 32)
Beliau menyebarkan Ilmu Haqq LAA ILAHA ILLALLAH dan Ilmu Syahadahtain iaitu -Ilmu Hikmah, -Ilmu Hakikat, -Ilmu Makrifat Dua Kalimah Syahadah yang diwarisi melalui Awliya ALLAH khususnya: –Guru Mulia Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani RadiaAllah Anhu dan -Khawaja Moidnuddin Chisti RadiaAllah Anhu -Sehingga sampai ke Talian Sanad RasulAllah ﷺ Sallahu Alahi Wassalam tanpa sedikit pun keraguan kerana adanya Sanad yang tertulis, Sijil ,Tauliah Tertinggi dan Ijazah dari 3 Talian Perguruan menrangkumi 7 Salasilah Turuq yang Muktabar.
Untuk makluman Tuan, dari pengalaman kami sejak dari 33 tahun sehingga saat ini siapa sahaja Ulama, Fuqaha, ArifBillah, AlimBillah dari kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah apabila duduk bersama, berbual, bermuzakarah di antara mereka dan mengenal secara ilmiah dan hikmiah peribadi mulia YM Sheikh Dr Ismail Hj Kassim dalam masa 20 minit ke 30 minit akan merasai kesahihannya kepada RasulAllah ﷺ Sallahu Alaihi Wassalam dan ketulusan dan keikhlasan jiwanya dan pengorbanannya dalam dakwah dan dalam menyebarkan ilmu dan amalan Syahadah tanpa sedikit pun ragu dan was-was tidak akan terpengaruh dengan fitnah malah mereka akan membenarkan Y.M Sheikh Dr Ismail Hj Kassim melalui firasat dan pandangan mata hati bahawa Y.M Sheikh adalah seorang pejuang Syahadah yang benar, ikhlas, tulus dan istiqomah dalam prinsip pegangannya,walaupun dihujani dengan fitnah, cercaan, makian, tohmahan pelbagai jenis komplot dan konspirasi jijik dan kotor yang dilontarkan keatas peribadi dan gerak usaha Y.M Sheikh Dr Ismail Hj Kassim.
Walaupun sejak 18 tahun dicabar,difitnah, ditohmah oleh pelbagai pihak termasuk kaum munafikun dari jemaah Y.M Sheikh Dr Ismail sendiri, beliau menempuhi semua ujian dan cubaan ini dengan rasa redha, syukur, pasrah dan menyerah kepada ALLAH dan RasulAllah ﷺ Sallahu alaihi wassalam seraya berkata “Setiap Ahlul Bait Nabi suci yang menyebarkan ilmu dan amalan Syahadah pasti dan wajib difitnah, dijatuhkan maruah dan kedudukan mereka dalam pandangan masyarakat umum seperti mana yang telah berlaku ke atas keluarga Baginda dan peribadi Baginda sendiri”
Ketahuilah wahai umat Islam, sokongan dan dorongan dari ALLAH bertambah kuat dan mantap, melindungi para Daei ALLAH dan Ahlul Bait Nabi Suci ﷺ Sallahu alaihi wassalam untuk menyebarkan amanat agung dari ALLAH Dan RasulAllah Sallahu alaihi Wassalam iaitu 2 kalimah syahadah.
Untuk pengetahuan umum ramai ulama dari Timur Tengah, Afrika, India, Pakistan, Bangladesh, China, Indonesia dan Malaysia telah mengiktiraf Y. M Sheikh Dr Ismail Hj Kassim Duta Syahadah ke Seluruh Dunia.

Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,(Surah Al Fath:8)

Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad ﷺ ) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).(Surah An Nisa : 41)

Dan (ingatkanlah kepada mereka yang musyrik tentang) hari Kami bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan bagi orang-orang yang kafir (memberi sebarang alasan), dan mereka pula tidak diminta memohon keredaan ALLAH.(Surah An Nahl:84)
Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad ﷺ) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.(Surah An Nahl: 89)
Hasil Usaha kajian dan gerak kerja Dakwah YM Sheikh Dr Ismail boleh dapat dilihat -dari buku World Syahadah Conference 7-7-2017. Ramai Ulama telah memberi pengiktirafan dan penganugerahan yang boleh anda tonton di Channel Global Mercy TV, Facebook dan Website.

Kepada semua pihak, kami berpesan agar anda membaca ayat firman ALLAH berkali-kali sehingga yakin siapa di pihak benar dan siapa di pihak yang salah dari sebagaimana firman dari ayat dibawah; Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).(Surah An Nur : 11)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al Hujurat : 7)

Untuk semua yang berkenaan pohonlah petunjuk Dari ALLAH dengan Munajat dan mohon kebenaran dan mohon diberi petunjuk tentang kesahihan gerak kerja dalam usaha Dakwah dan sanad Y.M Sheikh Dr Ismail Hj Kassim sehingga kepada RasulAllah ﷺ Sallahu Alaihi Wasslam sanad awal dan akhir kami dunia dan akhirat.
Hidup dan mati kami adalah untuk memanggil mereka semua Ulama, Umarah dan umat Islam kepada Ilmu LA ILAHA ILALLAH ilmu yang amat wajib dan penting untuk di pelajari sebelum mempelajari ilmu agama, ibadat dan duniawi.

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah selain ALLAH dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan ALLAH mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.(Surah Muhammad ﷺ : 19)
Teguhkanlah dan perkukuhkanlah penyaksianmu di dunia dan akhirat dengan ilmu Syahadah LAA ILAHA ILLALLAH DAN MUHAMMADUR RASULALLAH Sallahu Alaihi Wassalam

Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.(Surah At Talaq : 2)

“YA ALLAH, KAMI TELAH SAMPAIKAN AMANAT SUCIMU DENGAN SERUAN YANG AMAT DAIF INI”

Wabillah hi Taufik wal Hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s